Your Total Islamic Education Solutions

Tentang Kami

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ٣:١٨

Allah mempersaksikan bahwa tiada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Dia. Demikian pula para malaikat dan orang-orang yang berilmu mempersaksikannya. Tidak ada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Dia yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [QS. Ali Imran ayat 18]

Berita Program

Perjuangan kami

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah apakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui? [QS. Az Zumar ayat 9]

Makna dari ayat di atas adalah bahwa orang-orang yang berilmu dan yang memiliki keutamaan ilmu itu berbeza dengan yang selain mereka karena mereka –dengan ilmu yang mereka miliki, mereka berjalan menuju Allah dengan kebenaran, di atas pengetahuan yang mendalam. Mereka mengajak kepada yang selain mereka di atas petunjuk. Oleh karenanya, tidak sama antara mereka yang mengetahui kebenaran, dimana mereka saling mengharap dan memberikan faedah, dengan orang yang bodoh, tidak mengetahui akan kebenaran.

Misi Kami

  • Menyediakan platform pendidikan berteraskan Al Quran kepada masyarakat
  • Memastikan pendidikan akademik seiring dengan teras pendidikan Al Quran
  • Menggunakan Modul Pembelajaran yang unik, inovatif dan efektif serta sesuai dengan pendekatan pembelajaran generasi terkini
  • Memodenkan pengurusan, dakwah, operasi serta fasiliti institusi agar martabat Pendidikan Al Quran seiring dengan arus teknologi.
  • Mencaknakan masyarakat agar mengutamakan Al Quran sebagai pendidikan yang paling utama kepada keluarga
Keunikan Kami

Persekitaran kondusif dan modul efektif merangsang minda

Suasana pembelajaran yang ceria dan seronok bersama Pembimbing-pembimbing dan Guru-guru terlatih serta bertauliah bagi Program Kanak-kanak mahupun Dewasa membantu fokuskan minda. Kepelbagaian aktiviti dan Alat Bantu Mengajar yang digunakan mengekalkan minat dan mencerdaskan minda dalam mengekalkan fokus dan mengefektifkan pembelajaran.

Visi Kami

Peneraju Pusat Pengajian Al Quran dan Akademik Pilihan Utama Tempatan

 

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah apakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui? [QS. Az Zumar ayat 9]

Makna dari ayat di atas adalah bahwa orang-orang yang berilmu dan yang memiliki keutamaan ilmu itu berbeza dengan yang selain mereka karena mereka dengan ilmu yang mereka miliki, mereka berjalan menuju Allah dengan kebenaran, di atas pengetahuan yang mendalam. Mereka mengajak kepada yang selain mereka di atas petunjuk. Oleh kerananya, tidak sama antara mereka yang mengetahui kebenaran, dimana mereka saling mengharap dan memberikan faedah, dengan orang yang bodoh, tidak mengetahui akan kebenaran.

Pusat Asuhan dan Jagaan anak-anak berumur seawal usia bayi hingga 3 tahun berkonsepkan Taska Al Quran menggunakan program Al Baghdadi Childcare Centre dengan pendekatan Modul Al Baghdadi Post Natal Program Pendidikan Al Quran 1000 hari selepas kelahiran. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Pra Sekolah bagi anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun berkonsepkan Tadika Al Quran dan Pra Tahfiz menggunakan program Al Baghdadi Playtime Centre dengan pendekatan 50% Pendidikan Al dan subjek-subjek akademik. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Sekolah Rendah bagi anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun berkonsepkan Integrasi Tahfiz dan Akademik menggunakan program SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi dengan pendekatan 50% Hafazan Al Quran  dan subjek-subjek akademik KSSR, KAFA dan Lingusitik. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Program Transit bagi anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun berkonsepkan Transit Al Quran dan Hafazan menggunakan program Al Baghdadi Learning & Nadi Centre dengan modul Al Quran, Hafazan serta tambahan subjek-subjek KAFA. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Pengajian Al Quran bagi anak-anak berumur 7 hingga 15 tahun berkonsepkan Kelas Mingguan dan Slot menggunakan program Al Baghdadi Learning & Nadi Centre dengan pengajian berperingkat dari Asas, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Kelas Tambahan meliputi kemahiran asas membaca Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (Cahayaku), Ilmu Asas Matematik (akan datang) serta subjek-subjek akademik Darjah 4-6, Tingkatan 3 dan 5 yang berkonsepkan pendekatan pembelajaran IT (akan datang). Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Pengajian Al Quran bagi pelajar Dewasa  menggunakan program Al Baghdadi Learning & Nadi Centre dengan pendekatan Pengajian Berperingkat daripada asas Al Quran, Tajwid, Talaqqi Am, Talaqqi Khas dan Hafazan Neurofisiologi. Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum
Menganjurkan program berkala iaitu:

  • Program Cuti Sekolah dalam bentuk bengkel / kem / seminar berkaitan Al Quran, Fardhu Ain, akademik dan Motivasi.
  • Program pelatihan dan keusahawan

Jadual Kelas | Aktiviti Kurikulum

Mesej Dari

Pengasas Kami

Assalamualaikum WBT,

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah akan mengangkat orang-rang yang beriman di antara kalian dan juga orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat [QS. Al Mujadilah ayat 11].

Alhamdulillah semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT dalam membantu dan memanfaatkan masyarakat masa ini menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi dalam membentuk generasi islam yang lebih berilmu dan berakhlak tinggi serta diangkat darjat mereka memimpin berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW  agar dapat menyumbang semula kepada perkembangan Islam yang cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, Hamba Al Fakir

Azali Azman
azali.azman@gmail.com

v

Testimoni

 

Apa Kata Ibubapa

“Sebuah sekolah terbaik untuk anak saya. Kebetulan anak saya memang dari kecil cenderung ke arah keagamaan, APC TFU adalah paling sesuai untuk anak saya. Di tambah teknik pembelajaran yang digunakan sangat mudah diikuti kanak-kanak. Alhamdulillah, saya tidak salah pilih.”

Pn Norhayati binti Mohamad

Guru SK Lubok, Ibu kepada Cempaka Amani binti Abdullah

“Alhamdulillah, anak dapat membaca Alquran dan membaca rumi serta jawi dengan baik seawal umur 6 tahun. Saya memilih APC TFU kerana merupakan salah satu pra sekolah yang menawarkan program yang berasakan Al Quran yang terbaik.”

En Elmi bin Zolkipli

Businessman, Bapa kepada Muhammad Elman Darwisy bin Elmi

“Secara keseluruhannya banyak perbezaan anak saya dari segi pemikirannya, ilmu yg dia perolehi dan pengetahuan baik buruk perlakuan yang boleh dilakukan atau tidak. Saya memilih SRI Tahfiz Nadi kerana Al Quran yang diutamakan.”

Pn Noorhayati binti Abd Wahap

Juruteknik High School Batu Pahat , Ibu kepada Nur Azwa Safrina binti Mohamad Asri

Pengambilan

Bengkel & Seminar

Institusi

Tahun Pengalaman

Dapatkan Info

Lokasi Pejabat : Km6.5, Jalan Kluang, Batu Pahat.
Telephone: (+60) 190 – 7773 795
Email: info@syzliedu.com
Waktu Operasi : Ahad-Khamis : 8am – 5pm

Disclaimer