Hubungi Kami

Dapatkan Info

Lokasi Pejabat

Bangunan Wakaf
Masjid Seri Broleh
Km6.5, Jalan Kluang
83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Pejabat

Ahad-Khamis : 8am – 5pm
Jumaat-Sabtu : Tutup
.
.

Telefon & Email

Hotline : +6 019 – 7773 795
Office : +6 07 – 4377 613
Email : info@syzliedu.com
.

Email

Hantar Mesej Anda

FAQ

Frequently Asked Questions

Frequently Asked Questions adalah Soalan Lazim yang biasa ditanya oleh bakal pihak pelanggan, bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat segera boleh rujuk FAQ dan Jawapan Lazim ini. Sekiranya tidak dapat menjawab persoalan anda, sila hantarkan pertanyaan anda di ruang ‘Hantar Mesej Anda’ di atas.

Apa peranan Syzli Edu?
Syzli Edu adalah jenama di bawah syarikat Syzli Education Sdn Bhd yang menjadi badan pengurusan, perundingan dan pemasaran bagi program-program yang dijalankan di institusi-institusi pendidikan yang kami laksanakan.
Apakah Perkhidmatan Institusi-Institusi Pendidikan yang ada?
Kami menyediakan program pendidikan kanak-kanak dan dewasa di Institusi-institusi berikut:

  • Taska Al Quran
  • Tadika Integrasi Al Quran & Akademik
  • Sekolah Rendah Integrasai Tahfiz & Akademik
  • Kelas Al Quran Dewasa
  • Kelas Al Quran Kanak-kanak
  • Program Transit Al Quran
  • Kelas Tuisyen Akademik
  • Program, Bengkel & Seminar Al Quran / Akademik / Motivasi / Pelatihan / Keusahawanan
Adakah Institusi-institusi ini berdaftar?
Ya,  Institusi-institusi kami adalah tertakluk kepada pendaftaran di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri ) dan PPAD (Pejabat Pendidikan Agama Daerah) selain kelulusan agensi PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) yang berkaitan iaitu JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia dan Majlis Daerah Tempatan. Sebahagian institusi-institusi kami telah mendapat Kelulusan dan ada juga yang masih dalam Kelulusan Sementara kerana masih dalam proses kelulusan sepenuhnya.
Apakah Modul dan Program yang digunakan?
Modul dan Program Utama yang digunakan bagi program Taska, Tadika, Sekolah Rendah dan Kelas Al Quran adalah modul dan program keluaran syarikat Al Baghdadi Group Sdn Bhd terutama subjek berkaitan Al Quran. Selain itu kami masih menggunakan silibus dan moduk KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) , KAFA (Kemahiran Asas Fardhu Ain) dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan modul-modul yang mengikut garis panduan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) serta beberapa modul terbaik di pasaran sebagai nilai tambah kepada program yang sediada.
Bagaimana Untuk Ketahui Lanjut dan Daftar?
Bagi mendapatkan maklumat dan pendaftaran, anda mestilah hadir ke Bengkel / Seminar / Taklimat yang telah dijadualkan. Dalam Bengkel / Seminar / Taklimat tersebut akan kami kongsikan tentang program, modul, jadual dan yuran serta promosi terkini. Maklumat program boleh didapati di bahagian News (Berita) di Laman Web ini atau anda boleh dapatkan maklumat secara langsung melalui email/sms sekiranya anda Subscribe berita kami.

Syzli Edu